Video Bar

Loading...

Wednesday, January 23, 2008

Kedah, NS-Naza selesa

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

DUA pasukan teratas - Kedah dan NS-Naza memiliki harapan untuk meraih tiga mata penuh tetapi atas kertas, sudah tentu kelebihan memihak kepada Kedah menjelang saingan Liga Super, Sabtu ini.

Kedah bakal menanti kunjungan Sarawak ke Stadium Darulaman manakala NS-Naza bertandang ke Stadium Darulmakmur dan sudah tentu menggembirakan anak buah Mohd Azraai Khor Abdullah yang sinonim dengan aksi garang di tempat sendiri.

NS-Naza yang kurang satu perlawanan dan seandainya menang pada pertemuan menentang Pahang dan Kedah pula kecundang, kedudukan teratas tidak berubah kerana skuad Hijau Kuning memiliki kelebihan jaringan.

Kedah dan NS-Naza, masing-masing mengumpul 22 mata dan 19 mata tetapi perlu mengambil kira pencabar terdekat, Selangor kerana skuad bimbingan Dollah Salleh turut memiliki kelebihan apabila beraksi tempat sendiri menentang DPMM FC.



Kebangkitan UPB/MyTeam dalam dua perlawanan terakhir sudah tentu merisaukan Terengganu walaupun mereka beraksi di tempat sendiri.




Terengganu di bawah bimbingan Yunus Aliff berkongsi mata dengan Perak di tangga keempat dan kelima cuma perbezaan gol yang memisahkan kedua-dua pasukan - Terengganu tidak boleh lagi membiarkan genggaman tiga mata terlepas begitu saja dengan berbaki tiga perlawanan untuk pusingan pertama.

Begitu juga Perak, prestasi mengejutkan musim ini dengan empat kekalahan direkodkan dan anak buah Steve Darby turut menghadapi ujian getir apabila bertandang ke Stadium Selayang menentang juara Liga Perdana musim lalu, Polis.

Perlis yang tewas 0-2 kepada NS-Naza pada perlawanan kesembilan perlu bangkit pada pertemuan dengan Johor FC di tempat sendiri.

Kedudukan kedua-dua pasukan itu tidak jauh terpisah dengan Perlis mengatasi Johor FC satu mata di tangga keenam.

Sumber : Harian Metro

Tuesday, January 22, 2008

Kemenangan buat Sultan

Oleh Bashah Zainol Abidin
am@hmetro.com.my

PENGURUS pasukan Kedah, Datuk Othman Aziz menyifatkan kemenangan ke atas Johor FC 3-1 di Pasir Gudang, Sabtu lalu terlalu mahal apabila tiga tonggak utama mengalami kecederaan.

Menurutnya, kemenangan itu berbaloi kerana ia adalah hadiah buat Tuanku Sultan Kedah sempena Hari Keputeraan baginda.

“Saya gembira bukan sahaja kerana kita berjaya memastikan tiga mata penuh di gelanggang lawan dan terus mengukuhkan kedudukan dalam carta Liga Super, malah ia menjelma sehari sebelum Hari Keputeraan Baginda Sultan Ke-80.

“Inilah hadiah terbaik dapat diberikan oleh kami kepada Tuanku sebagai peminat nombor satu pasukan Hijau Kuning yang sentiasa mengambil berat perkembangan pasukan walaupun tidak dapat hadir menyaksikan perlawanan.

“Biarpun begitu, saya sedikit kecewa kerana Hasmawi Hassan, Fazliata Taib dan Ahmad Fauzi Shaari mengalami kecederaan dan kemungkinan besar diketepikan menentang Sarawak di Alor Star, Sabtu ini,” katanya.


Katanya, kini tinggal hanya dua perlawanan untuk Kedah menguasai liga untuk menamatkan pusingan pertama, mereka tidak ada pilihan lain kecuali memastikan enam mata penuh untuk diburu.

“Lawan kita yang terdekat tertinggal tiga mata tetapi jaringan yang besar pasti akan membantu Kedah mencapai matlamat menyudahi pusingan pertama menewaskan Sarawak dan Pulau Pinang,” kata Othman.

Sumber : Harian Metro

Jerat Lebah makan diri

Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my

JERAT yang dipasang Johor FC nyata memakan diri sendiri apabila Kedah ‘terlepas’ dari perangkap untuk mencipta kemenangan 3-1 sekali gus kekal selaku peneraju Liga Super.

Impian skuad Lebah itu yang mahu meranap misi Kedah daripada melakar kemenangan nyata tidak menjadi sebaliknya terpaksa akur dengan kehebatan barisan Mohd Azraai Khor Abdullah.

Kekalahan itu mengundang rasa kecewa jurulatih Ramlan Rashid apabila strategi yang dirancang bagaikan tidak diendah pemain, malah kerap melakukan kesilapan terutama benteng pertahanan.

Katanya, lawan menaruh sandaran kepada Marlon Alex James untuk mencipta jaringan dan akibat dari kelekaan pemain pertahanan mudah buat pasukan itu membawa pulang tiga mata berharga.

“Saya kecewa walaupun kita menguasai perlawanan namun tiada gunanya jika peluang yang terhidang terlepas begitu sahaja,” katanya.

Ramlan perlu bertindak segera agar Johor FC kembali bangkit mencatat kemenangan dan bukannya sekadar melengkap jadual saingan liga elit domestik.

“Pemain perlu mengurangkan kesilapan dan mereka juga harus sedar betapa pentingnya setiap perlawanan yang diharungi dan bukannya sekadar berlari tanpa hala tuju sepanjang 90 minit,” kata Ramlan.

Sumber : Harian Metro

Nelson tak sabar ratah Sarawak

Oleh Bashah Zainol Abidin

Mahu pastikan Kedah kuasai liga

PERANCANG skuad Kedah, Nelson Sam Martin tidak sabar kembali beraksi membantu pasukan merampas mata penuh untuk terus menguasai carta Liga Super apabila turun ke gelanggang menentang Sarawak di Stadium Darulaman, Sabtu ini.

Segala-gala kerana rasa kecewa yang masih wujud tidak dapat berfungsi untuk skuad Hijau Kuning apabila hanya sekadar menjadi penonton ketika rakan sepasukan menewaskan Johor FC di gelanggang lawan pada 19 Januari lalu selepas menerima kad kuning ketiga.

“Saya berterima kasih kepada Tuhan kerana kita berjaya mengutip mata penuh ketika bertemu Johor FC tanpa kehadiran saya. Ini membuktikan jentera pasukan Hijau Kuning mampu beraksi dengan cemerlang walaupun terpaksa beraksi tanpa tonggak utama.

“Saya bukan sahaja teruja kerana kejayaan mengutip mata penuh pada perlawanan lalu malah barisan pemain muda sudah mula membuktikan kematangan mereka mengatasi lawan yang bukan mudah dijinakkan di gelanggang sendiri.

“Kelebihan pasukan kami ialah kemampuan barisan pemain simpanan muda yang mampu memikul tanggungjawab diberi jurulatih (Mohd Azraai Khor Abdullah) ketika perlu berbuat demikian,” kata Nelson.

Katanya, walaupun pada permulaan Liga Super aksi mereka tidak mantap tetapi selepas melalui dua kekalahan kepada Terengganu dan Brunei kepincangan itu membangkitkan semangat untuk pemain berjaya.

“Ramai daripada pemain kita masih muda dan pengalaman yang diraih ketika menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim lalu menjadikan mereka lebih matang dan berpengalaman dari musim lalu.

“Pemain muda seperti Ahmad Fauzi Shaari, Sabree Abu, Khyril Muhymeen, Badrul Bakhtiar, V Thirumurugan dan Samrasak Kram berkemampuan beraksi dengan permainan pantas dan ini yang kerap membuat pertahanan lawan pening kepala untuk membendung kita.

“Ketajaman penyerang utama dan penjaring terbanyak pasukan kami (Marlon Alex James) sudah membuktikan dia masih berbisa untuk membinasakan pertahanan lawan dan ini pasti membangkitkan lagi semangat barisan pemain muda untuk beraksi dengan lebih yakin dan bersemangat,” kata Nelson.

Katanya, dia tidak pernah mengambil berat sama ada dia menjaringkan gol atau pun tidak kerana yang lebih penting ialah memastikan dia membuka laluan bagi rakan sepasukan lain khususnya barisan serangan untuk membocori gawang lawan.

Pasukan Kedah kini berpeluang cerah untuk menamatkan pusingan pertama liga dengan menguasai persada liga kalau mereka memastikan enam mata penuh ketika bertemu Sarawak, Sabtu ini dan Pulau Pinang selepas itu.

Sumber : Berita Harian

Sunday, January 20, 2008

Liga M: Skuad Hijau Kuning hadiah kemenangan untuk Sultan

Oleh Bashah Zainol Abidin

"KEMENANGAN ini adalah untuk peminat nombor satu kami, Sultan Kedah sempena hari keputeraan baginda ke-80," kata jurulatih pasukan Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Menurutnya, kemenangan 3-1 ke atas Johor FC bukan sahaja dapat mengukuhkan lagi kedudukan mereka di tempat teratas tangga Liga Super malah ia tiba pada masa yang tepat iaitu sehari sebelum menyambut hari keputeraan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Saya yakin tidak ada hadiah yang lebih baik daripada memberi kemenangan mengatasi Johor FC pada semalam (kelmarin) sebagai hadiah kepada Tuanku Sultan sebagai peminat nombor satu pasukan kami.


"Pemain saya begitu berazam untuk mencapai kemenangan mengatasi Johor FC kerana mahu kemenangan itu dihadiahkan kepada Tuanku.

"Kemenangan ini cukup berharga kerana tiga daripada tonggak pasukan mengalami kecederaan dan kemungkinan besar terpaksa diketepikan pada perlawanan seterusnya bertemu Sarawak di Alor Star, Sabtu ini," kata Azraai.

Katanya, walaupun Kedah membawa pemain pertahanan V Thirumurugan dan penyerang muda Khyril Muhymeen ke Johor, mereka sekadar memanaskan bangku simpanan kerana masih belum pulih daripada kecederaan ketika mengatasi Negeri Sembilan minggu lalu.

"Kami sengaja membawa dua pegawai perubatan dan seorang doktor bagi memastikan hanya membariskan pemain yang benar-benar mampu bermain pada perlawanan itu.

"Selepas tamat perlawanan semalam (kelmarin), doktor mengesahkan Hasmawi Hassan, Ahmad Fauzi Shaari dan Fazliata Taib mengalami kecederaan serius dan terpaksa direhatkan seketika," kata Azraai.

Katanya, anak buahnya mempamerkan semangat dan kesungguhan dari wisel permulaan sehingga akhir dan inilah yang memastikan mereka mampu mengutip mata penuh.

"Matlamat kami membawa pulang mata penuh sudah tercapai dan kini pemain saya perlu memastikan enam mata dari baki dua perlawanan bertemu Sarawak, Sabtu ini dan Pulau Pinang selepas itu di Stadium Batu Kawan," katanya.

Sumber : Berita Harian

Jubli Emas

Kedah extend lead to three points with win over Johor FC

PETALING JAYA: Kedah consolidated their position at the top of the Super League when they cruised to a 3-1 win over Johor FC at the JCorp Stadium in Pasir Gudang last night.

The Hijau Kuning outfit have collected 22 points from 10 matches and are three points ahead of second-placed Negri Sembilan Naza, who defeated Perlis 2-0 at the Tuanku Abdul Rahman Stadium in Paroi.

Selangor, who have 17 points and were not in action last night, dropped to third spot.

The return of top goalpoacher Marlon James inspired the Canaries to a comfortable win over Johor FC.

The St Vincent striker struck in the 71st and 88th minutes after Badrul Bakhtiar had put Kedah in front in the 44th minute.

Riduan Maon scored a consolation goal for Johor FC in the 66th minute.

Negri, who have a game in hand, went ahead against Perlis when national Under-23 centreback Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak headed in off a corner kick in the 18th minute before S. Kunalan doubled the tally off a neat set piece in the 73rd minute.

The Deer had earlier squandered numerous chances. Mohd Aidil’s twin, Mohd Zaquan, saw his stiff grounder from outside the box hit the post in the 60th minute.

Former international Idris Karim then squandered a sitter in the 75th minute.

In Kuching, Sarawak bagged their second win of the season when they scored all their goals in the first-half to thrash Penang 3-0 at the Sarawak Stadium. The Crocs got their goals from Sharol Saperi (14th), Zamri Morshidi (20th) and Sylla Mansa (34th).

In Bandar Seri Begawan, Brunei DPMM and Terengganu drew 1-1.

UPB-MyTeam grabbed their second consecutive win when they beat Police 2-0 at the MBPJ Stadium in Kelana Jaya. Mirja Derovic opened accounts when he converted a penalty in the 42nd minute before Zambri Chin scored the second two minutes later.

Source : The Star